Laman sesawang yang dikenali sebagai dulangemas.com menjanjikan satu pengalaman membeli belah baru kepada peminat barang kemas dan perhiasan di mana terdapat lebih 50 buah rangkaian kedai emas di dalam satu platform.
Katanya, Dulangemas.com merupakan satu aplikasi omnichannel (sub vendor) yang memberi peluang kepada vendor (kedai emas) untuk memasarkan barangan kemas mereka dan memastikan akses terus kepada pembeli.
"Ia adalah satu hub hubungan terus yang memberi kebaikan kepada kedua pihak. Di dalam platform ini, vendor dan pembeli dapat berhubung terus dan menjadi satu platform jualan yang meyakinkan serta menyeronokkan dengan pelbagai pilihan barangan.
"Apa yang menarik dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Dulang Network & Trading, strategi pemasaran berterusan secara percuma kepada para vendor memberi satu kemudahan yang tidak ada di tempat lain,” katanya.
Jelas Zahardi, gabungan antara rangkaian teknologi mesra pengguna dan sistem ejen jualan menjadikan dulangemas.com satu plaform kukuh yang menepati kriteria sebagai peneraju dalam hub jualan barang kemas atas talian pertama di Malaysia.
Ujarnya, barangan kemas yang dipasarkan di dulangemas.com oleh para vendor akan diangkat ke ruang pemasaran yang lebih luas dan terkini, jadi para vendor tidak lagi perlu membuat pemasaran sendiri dan ini mengurangkan kos perniagaan mereka.
"Sistem ejen jualan juga menjadi nadi penggerak kepada jualan produk kerana ia memberi manfaat kepada semua pihak sama ada pihak vendor, pembeli, malah menjadi satu modul janaan pendapatan cara baru kepada orang ramai dengan menggunakan satu platform yang diyakini.
"Sistem belian atas talian menggunakan aplikasi mesra pengguna juga satu kelebihan dulangemas.com dimana ia boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa. Ini bermakna, jualan para vendor adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Menarik bukan?” katanya.
Kata beliau, ia merupakan satu sistem menang-menang antara vendor dan pembeli dan juga peluang janaan pendapatan kepada setiap ahli yang berdaftar.
"Kapasiti untuk menjamin kepuasan dan kelebihan kepada ahli menjadi sasaran utama pihak Dulang Emas. Pelbagai tawaran menarik seperti cabutan bertuah bulanan dan ganjaran tahunan akan terus mewarnai dulangemas.com
"Pusat Emas Impian Anda” memberi satu gambaran bahawa apa yang diidamkan pembeli sama ada barangan kemas baru pelbagai pilihan dan rekabentuk, barangan kemas lama dan berkualiti seperti baru, dinar serta dirham dan banyak lagi produk dulangemas.com mampu menarik ramai pembeli dari seluruh Malaysia,” katanya.
Tidak mustahil dengan penyertaan beribu vendor dengan pelbagai produk barang kemas akan memberi satu keterujaan kepada pembeli dengan peluang memilih dengan lebih seronok. Segalanya di hujung jari anda.