SHAH ALAM - Trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) merekodkan kesesakan sejauh 30.7 kilometer (KM) bermula dari Plaza Tol Gombak hingga KM50.5 Genting Sempah setakat jam 8.17 pagi Ahad berikutan pertambahan kenderaan menghala ke timur.
Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PlusTrafik mendapati kesesakan turut berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak.
Sementara itu, aliran trafik di beberapa lebuh raya dan laluan utama arah Utara juga direkodkan mula sesak setakat pagi Ahad, antaranya di laluan dari Sungkai ke Gopeng yang merekodkan kesesakan sejauh 27km.
Turut mengalami kesesakan adalah di laluan arah Utara dari Behrang ke Sungkai yang merekodkan aliran trafik sesak sejauh 20KM manakala aliran arah Utara dari Utara dari Sungai Buloh ke Sungai Buaya pula adalah sepanjang 19km.
Sementara itu, aliran trafik arah Selatan pada pagi Ahad bergerak perlahan sejauh dua kilometer dari Putra Mahkota ke Nilai dan di lokasi Nilai Utara ke RnR Seremban manakala trafik arah Utara dari Senai Utara ke Kulai pula bergerak perlahan perlahan sejauh 2.6KM
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik