Norwich City kembali ke Liga Kejuaraan

Iklan
Pemain Norwich City kelihatan kecewa dengan kekalahan berkenaan. - Foto Getty Images

HANYA semusim beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich City bakal kembali beraksi dalam siangan Liga Kejuaraan setelah tewas 0-2 kepada Aston Villa pada Sabtu.

Kekalahan itu menyaksikan skuad The Cannaries itu terus terperosok di dasar EPL dengan hanya meraih 21 mata daripada 34 perlawanan.

Iklan
Iklan

Kapten Norwich, Grant Healy berkata, pihaknya akur dengan penyingkiran berkenaan setelah pasukannya dilihat tidak mempamerkan aksi terbaik dalam saingan EPL musim ini.

Malah katanya, skuad The Cannaries itu lebih banyak mencatatkan kekalahan berbanding kemenangan dalam saingan EPL musim ini dan ia dilihat antara faktor yang mendorong kepada penyingkiran berkenaan.

Iklan

"Saya akui memang kecewa dengan prestasi kami musim ini. Namun ia (penyingkiran) sebenarnya satu tindakan yang adil buat kami susulan prestasi buruk yang dipamerkan musim ini.

"Lagipun semua orang sedang beremosi ketika ini kerana di sepanjang musim kami telah berikan segala-galanya, tapi mungkin ia masih belum mencukupi.

Iklan

"Apapun, sukar sebenarnya untuk saya berikan komen lanjut mengenai perkara ini kerana kami masih ada beberapa perlawanan yang perlu diharungi bagi menamatkan saingan musim ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemain Aston Villa, Ollie Watkins membuka jaringan pada minit ke-41 sebelum pemain gantian Danny Ings menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan pasukan pada masa kecederaan.

Sementara itu, Healy berharap agar kesebelasan pemain masih bersemangat untuk mengharungi baki aksi musim ini.

Katanya, kesebelasan pemain juga perlu memberikan yang terbaik pada baki perlawanan musim ini bagi menamatkan saingan musim ini dengan nota kejayaan.

"Walaupun sudah jelas tersingkir, tetapi kita masih perlu menjaga maruah pasukan,oleh itu teruskan beraksi dengan baik sebelum meninggalkan saingan EPL musim ini,” katanya.