KELAB gergasi Sepanyol, Real Madrid merangkul gelaran La Liga ke-35 hasil kemenangan 4-0 ke atas Espanyol di Santiago Bernabeu pada awal pagi Ahad.
Rodrygo menyumbat dua gol manakala Marco Asensio dan Karim Benzema masing-masing menyumbang satu gol bagi melengkapkan kemenangan Los Blancos di gelanggang keramat mereka.
Iklan
Iklan
Real menjulang trofi di hadapan hampir 80,000 penyokong sendiri di dalam stadium dan pesta kejayaan itu berterusan di air pancut Cibeles di ibu negara Sepanyol.
Pengendali Real, Carlo Ancelotti menjadi individu paling gembira dengan kejayaan tersebut apabila dia kini muncul satu-satunya jurulatih yang meraih gelaran juara dalam lima liga utama di Eropah.
Pengendali kelahiran Itali berusia 62 tahun itu pernah memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea; Serie A dengan AC Milan, Ligue 1 dengan Paris Saint-Germain dan Bundesliga bersama Bayern Munich.