Melaka tingkat pemasangan CCTV

Iklan
Adly (kiri) bersalaman dengan anggota polis ketika upacara perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-212, di Dataran Kawan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri mahu meningkatkan jumlah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) terutama di kawasan utama tumpuan pelancong bagi mengurangkan risiko jenayah seperti ragut.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata, hasrat itu akan dapat direalisasikan menggunakan teknologi moden menerusi model baharu yang tidak hanya berfungsi sebagai lampu jalan malah juga dapat mewujudkan jaringan kemudahan jalur lebar (WiFi) dan CCTV bertepatan dengan perancangan projek bandar pintar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya akan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat kajian secara menyeluruh termasuk jumlah keseluruhan CCTV yang sedia ada dan lokasi-lokasi strategik yang boleh diaplikasikan termasuk sekolah dan sebagainya.

Katanya, ia salah satu usaha praktikal yang akan dilakukan kerajaan negeri bagi bersama mengurangkan jenayah dan serta memberi manfaatkan kepada orang ramai selain pemantauan dan kawalan keselamatan pasukan polis.

Iklan

"Melaka sebagai negeri pelancongan, sudah pasti pelancong berada di negeri ini tidak mengira waktu siang atau malam, dan ia satu cabaran dan kemudahan CCTV itu satu yang bagus untuk memastikan keselamatan pelancong diambil berat.

"Dari semasa ke semasa ia (CCTV) perlu dipertingkatkan dengan menggunakan model baharu seperti ampu jalan yang bukan sahaja untuk menerangkan jalan tapi fasiliti untuk membangunkan kemudahan itu," katanya.

Iklan

Adly berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-212, di Dataran Kawan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri juga akan melihat dan mengambil perhatian kebajikan pasukan beruniform itu dari segi fasiliti selain logistik seperti kenderaan peronda polis yang rosak telah menerima RM723,000 perutukan daripada Kementerian Kewangan kepada Polis Melaka baru-baru ini.

"Kita akan terus melihat kebajikan mereka dari seluruh aspek dan melihat kekurangan lain yang boleh dipohon menerusi kementerian berkaitan kerana peranan pasukan beruniform ini begitu penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Adlt turut menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga kakitangan awam selain anggota polis yang terpilih.