Gaji minimum tidak bermakna jika kos sara hidup tinggi: Anwar

Iklan
Datuk Seri Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Pelaksanaan gaji minimum oleh kerajaan bermula 1 Mei tidak memberi sebarang erti sekiranya kos sara hidup rakyat masih tinggi.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelas pekerja perlu mendesak kerajaan sekiranya mahu hak dan peranan golongan berkenaan terus terjamin.

Iklan
Iklan

"Ingin ditegaskan bahawa pengumuman gaji minimum yang diumumkan kerajaan tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya kos sara hidup terus mencanak naik dan tidak ada langkah tuntas dan ampuh bagi menanganinya.

"Selagi sistem sedia ada yang hanya memperkaya elit ketimbang (bukannya) nasib dan hak pekerja, maka keadilan tidak akan tertegak.

Iklan

"Kelas pekerja mesti terus mendesak untuk perubahan yang nyata serta kesatuan mesti diperkuat lagi bagi menjamin hak dan peranan golongan pekerja,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu Anwar turut mengambil kesempatan memberi ucapan sempena sambutan Hari Pekerja.

Iklan

"Selamat Hari Pekerja kepada seluruh kelas pekerja di Malaysia,” ujarnya.