KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap pengurusan Mesra Mall di Kemaman, berhubung aktiviti tarian joget tradisional melibatkan penari lelaki dan wanita yang tular pada Sabtu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, beliau sangat dukacita dengan perkara yang berlaku dan dimaklumkan program itu tidak mendapat kebenaran daripada MPK.