Persiapan Hari Raya

Iklan

Orang ramai terutamanya umat Islam membeli barangan keperluan untuk persiapan menyambut Hari Raya di sekitar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur, hari ini.

Umat islam mengambil kesempatan pada cuti Hari Pekerja untuk membuat persediaan awal selepas tular di media sosial kebanyakan negara Islam lain kemungkinan besar menyambut 1 Syawal pada esok bersamaan 2 Mei.

Iklan
Iklan

Walau bagaimanapun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya di negara ini. - Foto Bernama