Lemang Kemensah

Iklan

Pekerja Lemang Kemensah memeriksa lemang dan mengawal bara api ketika memasak lemang.

Lemang merupakan juadah wajib yang perlu ada ketika sambutan Aidilfitri. Lemang Kemensah antara lemang yang dicari pelanggan setiap musim raya.

Iklan
Iklan

Bagi pengguna lebuhraya yang selalu melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pasti akan melihat pemandangan orang ramai beratur untuk membeli sesuatu di deretan gerai berhampiran Zoo Negara.

Pembeli boleh mendapatkan lemang ini dengan harga berpatutan bermula dari RM15 hingga RM 22 mengikut saiz buluh. Gerai-gerai lemang mula beroperasi seawal jam 9 pagi sehingga 12 tengah malam, pada malam raya ianya beroperasi 24 jam dan ditutup jam 9 pagi pada raya pertama. Selain dari servis ‘walk-in’ pembeli juga boleh membeli lemang ini menggunakan khidmat servis penghantaran makanan. - Foto Bernama

Iklan
Iklan