Belum kenal erti Aidilfitri

Iklan
Seramai 22 orang semuanya terpaksa berjauhan dari keluarga dan hidup berdikari serta menumpang kasih dengan insan yang tiada hubungan kekeluargaan.

KOTA BHARU - Usia mereka baharu sahaja mencecah lingkungan empat hingga enam tahun dan belum mengerti apa itu nikmat sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jika kanak-kanak lain diusia mereka, pastinya baju, selipar atau kasut raya baharu yang diimpikan untuk menyambut hari lebaran disediakan kedua ibu bapa, namun sebaliknya bagi 22 penghuni Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah, Taman Uda di sini.

Iklan
Iklan

Di usia muda, mereka terpaksa berjauhan dari keluarga dan hidup berdikari selain terpaksa menumpang kasih dengan insan yang tiada pertalian kekeluargaan.

Bagi Aidilfitri kali ini, anak-anak di rumah berkenaan sama seperti sebelumnya, masih mengharapkan ihsan dermawan untuk membantu memandangkan mereka datang daripada keluarga susah.

Iklan

Barang kali, sepasang baju baharu mungkin sudah cukup untuk menggembirakan anak-anak ini untuk menyambut lebaran.

Penjaga, Latifah Zahidah Mat Arifin berkata, pusat jagaan tersebut ditubuh sejak tahun 2009 dengan menempatkan kanak-kanak berusia seawal empat hingga enam tahun yang terdiri daripada anak yatim piatu atau dari keluarga golongan asnaf.

Iklan
Anak-anak ini dididik dari segi pembelajaran, akhlak, tingkah laku semuanya berasaskan ajaran Islam.

"Mereka ini datang dari seluruh Kelantan dan semuanya daripada keluarga miskin serta tidak mempunyai ibu atau ayah atau keduanya.

"Pusat ini ditubuhkan bagi mendidik kanak-kanak kecil ini dalam suasana selesa serta cara hidup Islam. Sepanjang di sini anak-anak ini akan dididik dari segi pembelajaran, akhlak, tingkah laku semuanya berasaskan ajaran Islam.

"Bagaimanapun, apabila memasuki usia tujuh tahun mereka akan dipulangkan ke pangkuan keluarga masing-masing," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, walaupun masih kecil, seawal jam 6 pagi lagi mereka dididik untuk bangun awal bagi mengikuti bacaan al-Quran dan solat Subuh berjemaah.

"Sepanjang Ramadan bagi yang berumur enam dan lima tahun mereka sudah dilatih untuk berpuasa dan bersahur seawal jam 9 pagi. Setakat ini semua kanak-kanak di sini dapat berpuasa penuh dan mengikuti semua aktiviti sepanjang Ramadan.

"Ramai yang bertanya pada kami, adakah kanak-kanak di sini beraya di sini. Jawapannya ia dan ada dikalangan kami tenaga pengajar akan membawa mereka pulang ke rumah untuk sama-sama menikmati suasana Aidilfitri.

Usia mereka baharu sahaja mencecah lingkungan empat hingga enam tahun dan belum mengerti apa itu nikmat sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Kepada yang masih mempunyai ayah atau ibu mereka dibenarkan pulang beraya bersama keluarga, tetapi selalunya di sini tempat anak-anak ini meraikan Aidilfitri walaupun dalam kesederhanaan," katanya.

Menurutnya, Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah mendapatkan dana untuk meneruskan operasi sepenuhnya daripada sumbangan orang ramai.

Katanya, setakat ini kanak-kanak di sini belum pernah berlapar kerana ada sahaja insan dan badan korporat yang sentiasa memberikan sumbangan dan bantuan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh melakukannya melalui akaun Maybank 5530-1063-0705 di bawah nama Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah atau boleh menghubungi talian 011-29834354 atau 011-21222296.