Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa kawasan

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di negeri sebelah utara, pantai timur termasuk Sabah dan Sarawak pada petang Isnin.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan (Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun).

Iklan
Iklan

Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).

Sementara itu, di Sarawak pula melibatkan Kuching, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu dan Kapit (Song) manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Iklan

Amaran dikeluarkan pada 2.40 petang itu dijangka berlaku sehingga jam 6 petang pada Isnin.

Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Iklan

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.