ATLET karate negara, V Yilamaran mengharumkan nama Malaysia apabila meraih pingat perak dalam acara akhir kumite 84 kilogram (kg) di Sukan Deaflympics Caxias do Sul 2022, Brazil pada Selasa.
Biarpun tampil dengan misi menghadirkan kilauan emas buat kontinjen Malaysia, atlet berusia 22 tahun tersebut terpaksa akur apabila pengalaman berpihak kepada lawannya dari Ukraine, Makhno Oleksandr.
Iklan
Iklan
Untuk rekod, Oleksandr yang berusia 32 tahun berstatus pemenang pingat perak kategori sama dalam temasya terbesar bagi atlet pekak pada edisi Samsun Turki 2017 lalu.
Yilamaran meniti langkah gemilang ke perlawanan akhir apabila menyingkap cabaran dengan menewaskan atlet karate Brazil, Israel (suku akhir) dan atlet Iran (separuh akhir) sebelum berdepan Oleksanr di final.
Sementara itu, Ketua Kontinjen Deaflympics negara, Ong Shin Ruenn amat berbangga dengan pencapaian Yilamaran pada penampilan sulung di temasya tersebut apabila berjaya meraih pingat perak.
Kejayaan meraih pingat perak secara tidak langsung memotivasikan semangat atlet para negara yang menggalas cabaran dalam acara badminton, berbasikal dan olahraga di temasya yang bermula dari 1 hingga 15 Mei ini.
Artikel Berkaitan