Surendran bidas tindakan label Dr Mahathir 'bekas diktator'

Iklan
N Surendran

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden PKR, N Surendran menyifatkan, tindakan melabelkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas diktator kepada media luar negara adalah tidak wajar.

Meskipun tidak menyatakan sebarang nama namun, umum mengetahui ciapan menerusi Twitter milik peguam itu jelas merujuk kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Iklan
Iklan

Ia berikutan kenyataan Nurul Izzah, anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggelarkan Dr Mahathir sebagai bekas diktator pada sesi wawancara bersama Straits Times Singapore, baru-baru ini.

"Dikala berdepan pertikaian tentang perjanjian air dan konflik wilayah, Ahli Parlimen PH pula menggelarkan perdana menteri (Dr Mahathir) sebagai 'bekas diktator' yang menyebabkan banyak kerosakan.

Iklan

"Adakah ini boleh diterima?. Masa, saluran dan cara disampaikan, semuanya tidak betul," tegas Surendran, semalam.

Ketika dihubungi Sinar Harian hari ini, bekas Ahli Parlimen Padang Serai tersebut enggan memberi sebarang komen dan mengulas lanjut berhubung kenyataan Nurul Izzah terhadap Dr Mahathir.

Iklan

"Cukuplah, saya sudah jelaskan dalam Twitter mengenai perkara ini malam tadi," ujarnya.

Terdahulu, menurut laporan Straits Times Singapore, Nurul Izzah melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan di bawah pentadbiran PH yang dilihat terlalu perlahan melaksanakan perubahan dasar dan reformasi.

Pada masa sama, Puteri Reformasi itu turut mendedahkan hasratnya untuk tidak bertanding dalam PRU15.