KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air di 472 kawasan melibatkan lima wilayah Air Selangor susulan pemberhentian tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi pulih sepenuhnya jam 8 pagi Rabu.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.