Berang ditegur, abang belasah adik hingga cedera

Iklan
MOHD ZAMRI

KAMPUNG RAJA- Tindakan seorang lelaki yang cuba meleraikan pertengkaran antara abang dan ibunya bertukar tragedi apabila dia cedera dipercayai dipukul oleh abang kandungnya itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa berusia 19 tahun yang bekerja sebagai jurukimpal cedera di tangan kiri selepas dipukul dengan batang lampu dalam kejadian di Kampung IKM, Alor Lintang di sini, jam 4 petang semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum itu mangsa menegur abangnya kerana mengamuk dan bertengkar mulut dengan ibunya yang berumur 48 tahun.

"Berang dengan tindakan mangsa menyebabkan abangnya bertindak memukul mangsa hingga cedera,” katanya.

Iklan
Iklan

Mohd Zamri berkata, suspek dikatakan seorang penagih dadah dan sentiasa bersikap agresif dengan membuang barang di dalam rumah.