Seorang maut, lapan cedera nahas tiga kereta

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di Felcra Melikai, Jalan Nitar, Mersing, pada malam Selasa.
MERSING - Seorang warga emas maut manakala lapan lagi cedera dalam nahas melibatkan tiga kereta di Felcra Melikai, Jalan Nitar di sini pada malam Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Yusof Mat Yar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.09 malam.

Susulan itu katanya, lapan anggota dengan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Iklan
Iklan

"Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Honda City dan dua Proton Persona. Mangsa dalam kereta Honda City, Mat Yusof Deris, 66, tersepit manakala seorang lagi iaitu wanita dewasa cedera.

"Pihak bomba kemudian mengeluarkan mangsa lelaki yang tersepit itu menggunakan peralatan khas, namun pegawai perubatan yang hadir mengesahkan warga emas itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan ambulans dari klinik kesihatan berhampiran sebelum dihantar ke hospital.

"Sementara mangsa wanita telah keluar sendiri dari kereta tersebut dan orang awam yang berada di tempat kejadian menghantarnya ke hospital berdekatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, turut cedera seorang wanita berusia 30-an serta seorang remaja lelaki berusia 17 dalam kereta Proton Persona.

Iklan

Katanya, kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan ambulans dari klinik kesihatan berhampiran sebelum dihantar ke hospital.

"Lima mangsa dalam sebuah lagi Proton Persona turut cedera dan orang awam membantu menghantar mereka ke hospital sebelum pihak bomba tiba," katanya.

Tambah beliau, operasi tersebut tamat pada jam 9.22 malam.