KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal berikutan jumlah kenderaan berkurangan pada hari ketiga sambutan Aidilfitri pada Rabu.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter melaporkan trafik masih lancar di kedua-dua arah di sepanjang lebuh raya bagi sektor utara, selatan dan timur termasuk lokasi-lokasi di sekitar plaza tol setakat jam 10 pagi.