PBB sambut baik pindahkan orang awam dari Mariupol, Ukraine

Iklan
Antonio Guterres

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Selasa menyambut baik usaha yang dilakukan untuk memindahkan orang awam dari kilang keluli Azovstal di Mariupol, Ukraine.

"Saya gembira kerana lebih 100 orang awam berjaya dipindahkan dari kilang keluli Azovstal di Mariupol. Operasi diselaraskan oleh PBB dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Saya berharap penyelarasan berterusan dengan Kiev dan Moscow akan membawa kepada lebih banyak usaha kemanusiaan dapat dijalankan bagi menyelamatkan orang awam dan bantuan dapat dihulurkan kepada mereka yang memerlukan," kata Guterres dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Menurut tentera Rusia dan Ukraine lebih 100 orang awam telah dipindahkan dari bandar Mariupol, Ukraine. - Bernama

Iklan

Iklan