Rodgers tidak gundah Leicester tanpa nama besar

Iklan
Brendan Rodgers. - Foto Clacton Gazzette

LEICESTER City diyakini masih mampu menarik nama besar menggalas cabaran The Foxes walaupun tanpa slot kejuaraan Eropah musim depan.

Malah menurut pengendali Leicester City, Brendan Rodgers, kelab itu sejak beberapa musim lalu tidak berdepan masalah merekrut para pemain bertaraf bintang yang akhirnya disambar kelab liga Inggeris lain.

Iklan
Iklan

"Sepanjang sejarah Leicester City tidak ada terlalu banyak isu dalam mendapatkan khidmat para pemain baharu.

"Kelab hanya berada di pentas saingan Eropah baru beberapa musim, sebelum ini ia tidak pernah menghalang pengendali untuk mendapatkan para pemain berkualiti.

Iklan

"Sejujurnya kami ingin berada di Eropah, tetapi jika tidak, saya percaya Leicester City masih boleh memiliki para pemain terbaik dan berkualiti.

"Malah kami juga akan mempunyai lebih banyak masa untuk fokus memantapkan pasukan untuk musim depan supaya dan boleh mencabar lagi," katanya.

Iklan

The Foxes yang terikat 1-1 di Stadium King Power sebelum ini akan berdepan AS Roma dalam perlawanan timbal balik kedua Liga Konferensi di Stadium Olimpico, Rome pada Jumaat.