Suspek bunuh bapa saudara direman tujuh hari

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

IPOH - Lelaki yang bertindak melibas bapa saudaranya dengan mesin pemotong rumput hingga mengakibatkan kematian pada Selasa, direman tujuh hari bermula Rabu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tahanan reman terhadap suspek berusia 34 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Iklan
Iklan

"Reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 10 Mei ini. Ujian air kencing dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki maut selepas cedera parah akibat dilibas dengan mesin pemotong rumput oleh anak saudaranya di sebuah rumah di Sitiawan pada Selasa.

Iklan

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 51 tahun dikatakan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Sebelum kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk didapati sedang bergaduh dengan anak saudaranya itu di hadapan rumah kerana perselisihan faham.

Iklan