Pas Kelantan sifatkan kerjasama Ku Li, Amanah perkara biasa

Iklan
Ahmad

TUMPAT - Pas Kelantan menyifatkan kerjasama politik antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dengan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan untuk menumbangkan pentadbiran Pas di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai perkara biasa.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, mana-mana pihak boleh mengadakan kerjasama antara parti kerana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan negara.

Iklan
Iklan

"Bagi Pas perkara tersebut sudah biasa dan mana-mana pihak boleh berbuat demikian sebagaimana yang dirasakan betul," katanya selepas diminta mengulas kerjasama rentas parti antara Ku Li dengan Amanah.

Sebelum itu, Ahmad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan meraikan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di rumahnya di Kampung Alor Pasir di sini pada Rabu.

Iklan

Bagaimanapun katanya, Pas sentiasa membuat persiapan untuk berdepan sebarang kemungkinan pada PRU15 nanti.

Katanya, segala gerak kerja ke arah akan dilakukan berlandaskan arahan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti.

Iklan

Sinar Harian pada 29 April lalu melaporkan tindakan mengadakan perbincangan bersama pimpinan Amanah Kelantan baru-baru ini adalah di luar pengetahuan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan pemimpin veteran tersebut yang mengadakan pertemuan dengan parti pembangkang itu hanya diketahui melalui media massa.