Tanjak

Iklan
Hazliyanti Zakaria menunjukkan pelbagai jenis warna tanjak untuk dijual kepada orang ramai bukan sahaja pada Aidilfitri malah pada hari lain di rumahnya di Taman Seremban Putra.

Bermula dengan hobi menjahit Tanjak untuk koleksi peribadi, tercetusnya idea Hazliyanti Zakaria menjual aksesori tradisional itu sebagai pendapatan tambahan meskipun mempunyai kerjaya tetap.

Wanita berusia 39 tahun yang lebih mesra panggilan Yan mempunyai asas kemahiran jahitan daripada ibunya Hamidah Sharif yang juga bekas tukang jahit busana perkahwinan tradisional sekitar tahun 1990 di Tampin.

Susulan kebenaran sambutan Aidilfitri di kampung halaman, beliau menjual sebanyak 320 tanjak di bazar Ramadan Senawang dengan harga RM35 untuk kanak-kanak dan RM55 bagi dewasa. Katanya ibu bapa juga teruja mengayakan anak masing-masing pada perayaan kali ini dengan berpakaian baju Melayu lengkap bertanjak pada pagi Aidilfiri. - Foto Bernama