Hilang ibu bapa selang 12 jam pada Syawal kedua

Iklan
Jenazah Allahyarhamah Norsah dikebumi selepas solat Asar di tanah perkuburan Islam Kampung Kolam, Guar Chempedak pada Selasa, manakala jenazah Allahyarham Mohd Fakri dikebumikan pada 12.10 tengah malam di lokasi sama. Gambar kecil dari kiri: Allahyarham Mohd Fakri, Allahyarhamah, Norsah Chik

SUNGAI PETANI - Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri bertukar episod sedih apabila ibu bapa mereka meninggal dunia hanya selang 12 jam ketika umat Islam sedang bergembira menyambut hari raya.

Farahana Mohd Fakri, 28 berkata, ibunya, Norsah Chik, 59, meninggal dunia selepas disahkan mengidap kanser usus tahap empat di rumah mereka di Guar Chempedak,dekat sini, kira-kira 8.50 pagi pada 3 Mei 2022.

Iklan
Iklan

Farahana memberitahu, arwah bapanya, Mohd Fakri Abdullah, 60, pula meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, kira-kira 8.50 malam pada hari sama.

"Walaupun sedih dengan pemergian dua insan tercinta dalam hidup kami, saya dan dua adik perempuan tetap reda dengan ketentuan Illahi.

Iklan

"Cumanya, kami sedikit terkilan tidak sempat memberi hadiah kepada arwah bapa apabila dia dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada pada malam Sabtu lepas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, sempat beraya dengan arwah ibunya yang teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka sekeluarga di kediamannya tahun ini.

Iklan

"Kami sempat beraya dengan ibu dan dia seronok apabila kanak-kanak datang beraya di rumah apabila siap meminta saya membuat status di laman sosial, malah arwah juga minta makan berhampirannya walaupun dia tidak menjamah makanan itu.

"Dengan bapa, kami tidak sempat beraya memandangkan arwah ditidurkan ketika menerima rawatan di hospital berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Farahana berkata, ibunya yang agak kurus dengan mata kekuningan pada awalnya dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Yan pada 5 April lalu.

Bagaimanapun, katanya, ibu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke HSAH sebelum disahkan mengidap usus tahap empat oleh doktor yang melakukan pemeriksaan.

Jelasnya, doktor merancang melakukan pembedahan tetapi mereka tiga beradik memutuskan membawa ibu pulang dan menjaganya secara bergilir selepas berbincang.

Rentetan itu, dia dan dua adik perempuannya menjaga ibu sehingga arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Selasa sebelum dimaklumkan bapa pula meninggal dunia kira-kira selang 12 jam hari sama.

"Pada malam sebelum pemergian arwah ibu, adik masuk ke bilik tidur seperti biasa dan mendapati arwah sudah dalam keadaan lemah dan berbaring dengan kakinya menghadap kiblat.

"Jadi, kami bertiga membaca surah Yasin sehinggalah arwah akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga," katanya.

Selepas itu, dia kemudiannya dihubungi doktor yang memintanya datang segera ke hospital kerana keadaan bapa sudah nazak yang ketika itu sibuk menguruskan jenazah ibu.

Katanya, sempat meminta maaf kepada bapa serta turut memberitahunya bahawa ibu sudah meninggal dunia walaupun bapa ketika itu sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selang 12 jam selepas pemergian ibu.

Katanya, arwah ibu bapanya tidak meninggalkan sebarang pesanan kepada dia dan dua adik beradik perempuannya namun pemergian mereka membuka mata supaya tidak menanguhkan masa untuk meraikan mereka.

"Saya telah beli cadar dan langsir baharu untuk dihias di rumah ayah, malah kami adik beradik janji dengan ayah untuk keluar bersama-sama untuk membeli baju raya dan memberi hadiah sempena ulang tahun kelahirannya namun tidak kesampaian.

"Jadi, saya nasihat sesiapa yang hendak hadiahkan apa-apa kepada keluarga supaya tidak menangguhkannya. Jikalau tidak cukup wang sekalipun, cukup raikan secara sederhana," katanya.

Bagaimanapun, mereka reda kehilangan dua insan tercinta pada hari sama dengan selang 12 jam sahaja malah turut kebumikan bersebelahan meskipun telah berpisah pada 2018.

Jenazah Allahyarhamah Norsah dikebumi selepas solat Asar di tanah perkuburan Islam Kampung Kolam, Guar Chempedak pada Selasa, manakala jenazah Allahyarham Mohd Fakri dikebumikan pada 12.10 tengah malam di lokasi sama.

Kedua-dua jenazah dikebumikan dengan mendapatkan khidmat Skuad Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre (Madad).