Selangor rekod 1,943 kemalangan sepanjang Op Selamat

Iklan
Foto hiasan.

SHAH ALAM - Sebanyak 293 kes kemalangan dicatatkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kemalangan di Selangor sebanyak 1,943 kes sepanjang Op Selamat setakat ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shariat berkata, statistik terkini kemalangan yang dicatatkan adalah sebanyak 293 kes.

Iklan
Iklan

"Statistik kemalangan maut adalah sebanyak 11 kes melibatkan 11 kematian dan harapan kita adalah pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan ditetapkan sekaligus dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, aliran trafik di negeri ini didapati lancar terutamanya melibatkan kawasan-kawasan bandar.

Iklan

"Pemantauan dijalankan mendapati aliran trafik di kawasan bandar dalam keadaan lancar, ini mungkin disebabkan faktor ramai yang pulang ke kampung.

"Bagaimanapun, aliran trafik agak tinggi di beberapa kawasan di Kuala Selangor, namun keadaan masih terkawal," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, sepanjang lima hari Op Selamat 18, sebanyak 8,361 kemalangan berlaku membabitkan 10,869 kenderaan.

"Sebanyak 13 lagi kematian dicatatkan pada hari kelima Op Selamat 18 sempena Aidilfitri, semalam

"Ini menjadikan 89 kematian dicatatkan dalam tempoh lima hari sejak operasi itu dilancarkan pada 29 April lalu," katanya.