Kongsi rezeki, sumbang bantuan Aidilfitri

Iklan
Muhamad Rosni (kanan) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 100 penerima terpilih di Mukim Pedu, Padang Terap.

PADANG TERAP - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkongsi rezeki untuk menceriakan golongan penoreh, pesawah dan petani sempena sambutan Aidilfitri.

Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares) mengambil keberkatan Syawal dengan menyumbang bantuan keperluan asas bernilai RM15,000 kepada 100 penerima.

Iklan
Iklan

Ketua biro program ECJ Cares, Muhamad Rosni Khamis berkata, inisiatif itu adalah atas keprihatinan NGO itu untuk meringankan beban golongan berkenaan untuk menyambut Aidilfitri.

"Sumbangan ini diagih kepada tujuh buah kampung meliputi Mukim Pedu. Kami prihatin dengan nasib masyarakat setempat di sini yang pendapatan mereka terjejas akibat cuaca tidak menentu.

Iklan

"Ditambah pula dengan harga getah yang tidak stabil. Diharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka," katanya selepas mengagihkan sumbangan Aidilfitri di Kampung Padang Setol, di sini pada Rabu.

Menurutnya, sumbangan terdiri daripada barangan keperluan dapur seperti beras, beras pulut, gula, juadah raya, daging segar serta duit raya.

Iklan

Muhamad Rosni berkata, program dianjurkan sejak tiga tahun lalu turut diadakan di seluruh negeri dengan menyasarkan golongan tertentu.

"Kalau di Padang Terap, penoreh dipilih kerana mereka merupakan majoriti penduduk di sini, kalau di tempat lain ada golongan sasaran lain seperti nelayan dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, program sama turut diadakan di Kelantan, Pahang, Melaka dan Johor.

"Sekiranya ada pihak korporat atau perseorangan ingin sama-sama menyalurkan sumbangan kepada penduduk setempat, mereka boleh berbuat demikian dengan menjalin kerjasama dengan ECJ Cares," katanya lagi.