Pintu sempadan Padang Besar dibuka esok

Iklan
Pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka pada Khamis bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

KANGAR - Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka pada Khamis bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Taib berkata, pengembara dari Thailand yang memasuki negara melalui pintu sempadan itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

"Semua pengembara sudah boleh masuk dan keluar melalui pintu sempadan Padang Besar bermula esok mengikut SOP yang sudah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam Rabu.

Beliau berkata, antara syarat yang ditetapkan oleh KKM, pengembara perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap.

Iklan

Bulan lepas, pintu sempadan Wang Kelian di Perlis dibuka kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April. - Bernama

Iklan