Tiga cedera van terbabas di bahu jalan

Iklan

LUMUT - Tiga individu cedera ringan, manakala tujuh yang lain selamat selepas van dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada petang Rabu.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada jam 5.02 petang.

Iklan
Iklan

"Kenderaan tersebut dinaiki 10 orang termasuk pemandu. Tiga daripadanya cedera ringan manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut jurucakap itu, kejadian dipercayai berpunca akibat pemandu van berkenaan hilang kawalan ke atas kenderaannya dan usaha mengeluarkan mangsa kemudian turut dibantu orang ramai.

Iklan

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pangkor dan operasi berkenaan tamat pada jam 5.25 petang. - Bernama

Iklan