Aliran trafik mulai tinggi di lebuh raya utama

Iklan
Keadaan aliran trafik Lebuhraya Utara-Selatan di Kilometer 279 Arah Selatan sesak dan bergerak perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Hari Raya Aidilfitri di Ipoh pada Rabu. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Aliran trafik di hampir semua lebuh raya utama mulai tinggi susulan orang ramai meraikan sambutan Aidilfitri dan pulang ke ibu kota.

Tinjauan menerusi akaun rasmi Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) setakat jam 9 malam mendapati aliran trafik tinggi di laluan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak dan Lebuhraya Utara Selatan.

Iklan
Iklan

Aliran trafik tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak membabitkan di laluan Karak ke Bentong dan Bentong ke Lentang.

Turut dilaporkan aliran trafik tinggi di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kepala Batas ke Hutan Kampung; Alor Setar ke Pendang; Gurun ke Sungai Petani; Juru ke Bandar Cassia; Sungai Bakap ke Jawi dan Jawi ke Alor Pongsu.

Iklan

Selain itu, aliran trafik tinggi turut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Slim River ke Sungkai; Ladang Bikam ke Tapah; Tapah ke Gopeng; Ipoh ke Sungai Perak dan Kuala Kangsar ke Bukit Berapit.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Iklan