Bantu pekebun getah beralih ke sawit

Iklan
Gambar hiasan

HARGA minyak sawit mentah (MSM) ketika ini nyata menggembirakan pekebun kerana mencatatkan harga yang tidak pernah terjangka sebelum ini.

Harga purata harian MSM telah menjangkau kira-kira RM8,000 satu tan pada 2 Mac 2022 dan ia adalah harga purata harian tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia.

Iklan
Iklan

Peningkatan ketara harga MSM telah menyebabkan harga buah tandan segar (BTS) dan produk berasaskan sawit turut meningkat dengan drastik.

Harga BTS yang direkodkan ketika ini telah melepasi paras RM1,000 satu tan bermula Oktober 2021 dan dijangka terus kekal tinggi selepas bulan April.

Iklan

Peningkatan harga sawit turut disumbangkan oleh tindakan Indonesia yang menyekat pengeksportan minyak sawitnya kerana bagi memenuhi keperluan penggunaan domestik negara mereka.

Malaysia selaku negara kedua terbesar pengeluar sawit dunia sudah pasti menerima tempias besar impak positif daripada tindakan Indonesia itu yang secara tidak langsung menguntungkan pekebun sawit.

Iklan

Perkembangan melibatkan industri sawit sudah pasti menyebabkan pekebun getah tertanya-tanya apakah nasib mereka kerana rata-ratanya masih hidup dalam garis kemiskinan.

Harga getah sekerap ketika ini masih di bawah paras RM3 sekilogram dan penoreh masih dibelenggu halangan kelemahan sektor itu apabila tidak dapat menoreh ketika hujan dan paling parah apabila musim tengkujuh.

Cadangan untuk menetapkan harga lantai getah sekerap RM3.50 sekilogram juga masih dikaji sejak sekian lama dan belum dapat direalisasikan sehingga kini.

Oleh itu, ada kalangan pekebun getah yang bercadang untuk beralih kepada penanaman kelapa sawit namun memerlukan sokongan kerajaan supaya tindakan itu tepat dan tidak menjadi seperti pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Secara tidak langsung, ia akan dapat meningkatkan pendapatan mereka dan memberi sumbangan kepada negara melalui hasil pengeluaran sawit.