KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berkaitan insiden beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) dikasari oleh penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
"Kita telah mengambil 26 keterangan berhubung kejadian itu dan menunggu arahan selanjutnya daripada peguam negara,” katanya ringkas ketika ditanya perkembangan siasatan insiden itu yang berlaku di hentian bas di Pantai Baharu, Jumaat lepas.