Isu keselamatan makanan tidak selesai tanpa Ukraine, Rusia, Belarus

Iklan
António Guterres

NEW YORK - Isu keselamatan makanan global tidak akan dapat diselesaikan tanpa Ukraine, Rusia dan Belarus kembali ke pasaran dunia, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Rabu.

"Masalah itu tidak akan selesai tanpa membawa kembali Ukraine sebagai pengeluar hasil pertanian dan makanan manakala Rusia dan Belarus pembuat baja utama kembali ke pasaran dunia.

Iklan
Iklan

"Saya berazam untuk berusaha sedaya upaya untuk memudahkan dialog yang boleh membantu selesaikan isu itu," katanya pada sidang media lapor Sputnik.

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, Rusia dan Ukraine merupakan antara pengeksport global utama pelbagai jenis makanan ruji, termasuk gandum dan jagung, pada 2021, manakala Rusia juga merupakan pengeksport utama baja nitrogen, pengeksport utama kedua, pembekal baja kalium dan pembekal baja fosforus ketiga terbesar.

Iklan

Menurut FOA, pengeluaran makanan Ukraine diancam oleh faktor-faktor seperti gangguan logistik, kehilangan akses kepada tanah pertanian, kekurangan buruh, kerosakan tanaman dan kemusnahan aset dan infrastruktur sistem makanan.

Sementara itu, sekatan Barat ke atas Rusia telah menjejaskan penjualan produk pertanian di luar negara dan menyebabkan Moscow bertindak balas dengan membekukan eksport baja.

Iklan

Akibatnya, harga makanan global mencecah paras tertinggi pada Mac, manakala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran harga makanan global mungkin terus meningkat berikutan konflik di Ukraine, sekatan terhadap Rusia dan Belarus, serta isu iklim. - Bernama