Apa penyelesaian kerajaan selepas keluar KWSP?

Iklan
Nik Nazmi

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan penyelesaian kerajaan selepas pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini.

Beliau berkata, ia kerana isu kos sara hidup rakyat terus meningkat.

Iklan
Iklan

"Ada yang mampu berdepan hari raya kerana buat keluaran KWSP.

"Tetapi sekarang pengeluaran dah habis guna beraya. Isu kos sara hidup terus meningkat.

Iklan

"Apa penyelesaian kerajaan selain rakyat guna duit mereka sendiri?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Iklan

Beliau berkata, perkara itu merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.