BAITULMAQDIS - Israel menghalang laungan azan Isyak pada Selasa lalu di Masjid Al-Aqsa selepas penduduk Palestin menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin lepas.
Menurut Saudi Press Agency (SPA) pada Rabu, sumber-sumber Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis menyatakan tentera penjajah melarang laungan azan itu atas arahan penjajah rejim Zionis.
Iklan
Iklan
Sumber-sumber Palestin menyatakan tentera penjajah bertindak memutuskan talian pembesar suara di masjid itu atas permintaan pihak penjajah Israel.
Tentera rejim Zionis itu melakukan perbuatan tersebut dengan alasan bahawa Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet sedang menyampaikan ucapan di Tembok Buraq (Tembok Barat) iaitu sebuah tembok batu kapur purba di Kota Lama Baitulmaqdis.
Sebagai tindak balas, gerakan Jihad Islam di Palestin dan Suruhanjaya Antarabangsa Menyokong Hak Rakyat Palestin (Hashd) mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Israel itu. - Agensi