Sejarah kelab punca kebangkitan Real

Iklan
Pemain Real meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir UCL selepas meenewaskan Manchester City di Santiago Bernabeu semalam.

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti memuji kebangkitan yang ditunjukkan pemainnya ketika menewaskan Manchester City 3-1 di Santiago Bernabeu sekali gus berjaya mengesahkan tempat di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Menurut Ancelotti, dia percaya kebangkitan yang ditunjukkan anak buahnya itu berpunca daripada sejarah Real Madrid yang dilihat menjadi sumber inspirasi buat pemain.

Iklan
Iklan

"Saya tidak boleh kata kita sudah biasa mengharungi situasi ini. Namun apa yang berlaku malam ini, ia berlaku ketika menentang Chelsea dan juga menentang PSG.

"Jika ditanya kenapa kami boleh lakukan perkara seperti ini, ia adalah kerana sejarah kelab ini yang membantu kami untuk terus maju. Ia memberi anda kekuatan untuk mengikuti, meneruskan, untuk percaya," katanya.

Iklan

Pada perlawanan tersebut, City terlebih dahulu mendahului 1-0 bagi melebarkan kedudukan agregat 5-3 apabila Riyad Mahrez menjaringkan gol pada minit ke-73, sebelum pemain gantian Real, Rodrygo menyamakan kedudukan pada minit ke-90 diikuti jaringan keduanya seminit kemudian untuk mengikat kedudukan 5-5.

Lima minit pada masa tambahan, Karim Benzema menyempurnakan sepakan penalti selepas Ruben Dias melakukan kekasaran ke atasnya untuk mara ke final.

Iklan

Juara La Liga itu akan berdepan Liverpool pada 28 Mei di Paris, sekali gus menyaksikan ulangan perlawanan akhir 2018 di Kiev yang dimenangi kelab Sepanyol tersebut dengan keputusan 3-1.

"Ini sungguh menakjubkan. Kami telah menumbangkan kelab besar yang membelanjakan banyak wang untuk membina pasukan mereka, tetapi kami mempunyai sejarah kami.

"Dan apabila Real Madrid ke final, mereka akan memenanginya," kata penjaga gol Thibaut Courtois.