Selangor destinasi pilihan pelancong China lima tahun berturut

Iklan
Shah Alam terkenal dengan tarikan masjid biru yang menjadi pilihan sektor pelancongan tempatan dan antarabangsa. (Gambar Kecil) Azrul Shah.

SHAH ALAM - Selangor menjadi destinasi paling digemari pelancong China untuk tempoh lima tahun berturut-turut bermula 2017 sehingga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, pengembara dari negara itu menyumbang 26 peratus daripada jumlah keseluruhan ketibaan pelancong asing ke negeri ini pada 2021.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelawat dari Singapura pula mencatat kehadiran kedua tertinggi dengan lapan peratus diikuti Jepun (tujuh peratus) manakala 59 peratus lagi adalah pelancong domestik.

"Kebanyakan pelancong dari negara berkenaan datang ke Selangor (sebelum pandemik Covid-19) untuk bercuti selain menerima rawatan kesihatan dan perubatan," katanya kepada pemberita.

Iklan

Beliau berkata, pasaran pelancongan China adalah penyumbang utama kepada industri pelancongan di Selangor dan akan cuba mengekalkan momentum positif tersebut.

"Bagaimanapun jumlah ketibaan pelancong asing ke Selangor dalam peralihan ke fasa endemik hanya akan diperoleh pada suku ketiga 2022.

Iklan

"Kita tidak dapat menjangkakan berapa jumlah pelancong, namun sudah pasti agak sukar untuk mendapat semula angka diraih sebagaimana tahun sebelum negara dilanda Covid-19,” katanya.

Pada 2018, Selangor mencatat 7.3 juta pelancong dengan 3.2 juta daripadanya adalah pelawat antarabangsa dari China, Jepun dan Eropah.