Gempa bumi kuat landa kepulauan Filipina

Iklan
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda kepulauan Filipina pada 4.21 petang tadi.

KUALA LUMPUR- Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda kepulauan Filipina pada 4.21 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 181 kilometer di barat daya Bandar Tagum, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, penilaian awal mendapati ia tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama