Lemang Daun Lerek

Iklan
Pengusaha Lemang Daun Lerek, Wan Mohd Jabrullah Wan Zulkefli, 33, menambah santan ke dalam lemang daun lerek yang sedang dibakar ketika menyiapkan tempahan pelanggan dihadapan rumahnya disini.

Kebenaran untuk pulang berhari raya dan mengadakan rumah terbuka tahun ini, memberi kelegaan kepada pengusaha lemang daun lerek itu selepas dua tahun tidak berpeluang mencari pendapatan tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Juadah tradisional itu menjadi rezeki buat beliau dan lima sahabat karib yang berusia antara 23 dan 44 tahun, setiap kali raya sejak tujuh tahun lepas, dan sebaik sahaja kebenaran berhari raya diumumkan, semua mereka tidak putus-putus menerima tempahan. - Foto Bernama