Laksa Gebok

Iklan
Pengusaha laksa gebok, Othman Ibrahim menunjukkan cara penggunaan gebok untuk menghasilkan laksa ketika ditemubual wartawan BERNAMA dirumahnya di sini.

Pernah berstatus asnaf dan menerima bantuan zakat setiap tahun, namun kini pasangan Othman Ibrahim dan isteri Rosnanis Sudin boleh bersyukur kerana perniagaan laksa Pahang atau laksa gebok diusahakan mereka, telah ‘menamatkan status asnaf’ pasangan itu sejak empat tahun lepas.

Bukan itu sahaja, malah pendapatan daripada berniaga laksa kini membolehkan mereka membayar zakat perniagaan.

Laksa gebok yang diusahakan pasangan tersebut diperbuat daripada tepung gandum yang diuli dan dimasukkan ke dalam acuan atau gebok sebelum direbus dan dimakan bersama kuah berwarna kekuningan dengan ikan selayang sebagai bahan utama itu. - Foto Bernama