Ramli raih tempat ke-15 daripada 33 pelumba di Brazil

Iklan
Ramli Foto KA-MSDEAF

ATLET berbasikal pekak negara, Ramli Ismail meraih tempat ke-15 daripada keseluruhan 33 pelumba pada temasya Sukan Deaflympics Caxias do Sul 2022, Brazil pada Khamis.

Menurut Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ramli menerusi acara ujian masa menamatkan perlumbaan sejauh 30 kilometer di Farroupilha, Rio Grande do Sul dengan catatan masa 52 minit 35 saat (s).

Iklan
Iklan

Jelasnya lagi, ia sekali gus merupakan rekod catatan peribadi terbaik anak kelahiran Johor itu dalam penampilan sulung di edisi 2022 yang akan berentap dalam acara lebuh raya pada Jumaat, kata MSDeaf dalam kenyataan pada Khamis.

Pingat emas dimenangi pelumba Perancis, Theo Moreau yang mencatat masa 47:01s diikuti pingat perak milik pelumba Poland, Pawel Arciszewski (47:57s) manakala pelumba Portugal, Andre Soares meraih pingat gangsa dengan catatan masa 48:03s.

Iklan
Iklan