Lelaki cedera terjatuh ketika kejar penyamun

Iklan

PETALING JAYA - Seorang lelaki cedera akibat terjatuh ketika mengejar individu yang menyamunnya dalam kejadian di Damansara Perdana di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang ketika mangsa sedang berjalan menuju ke arah keretanya.

Iklan
Iklan

"Mangsa warga tempatan berumur 30an itu melihat suspek menendang cermin kanan keretanya sehingga pecah dan mengambil beg yang mengandungi komputer riba dan barangan peribadi miliknya.

"Mangsa kemudian cuba mengejar suspek dan berlaku pergelutan, suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri menggunakan sebuah kereta," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, mangsa yang cedera ringan akibat terjatuh ketika cuba mengejar suspek membuat laporan polis di Balai Polis Damansara kira-kira jam 4.30 petang.

"Anggaran kerugian berjumlah RM500," katanya.

Iklan

Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian sedang dijalankan dan rang ramai yang melihat kejadian diharap segera tampil membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.