Perlu jadi ‘akauntan’ semasa hari raya

Iklan
Foto hiasan 123RF

BOLEH dikatakan sebahagian besar masyarakat Islam mengakui terkejut dan tergamam bila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Isnin lalu kerana ada kawasan cerapan yang berjaya mengesan kemunculan anak bulan pada senja hari ke-29 berpuasa.

Maka banyaklah cerita 'kelam kabut' dalam kalangan sanak saudara dan sahabat handai dari segi persiapan pada malam menjelang Syawal.

Iklan
Iklan

Namun begitu di sebalik kemeriahan hari lebaran, masyarakat perlu sedar kerana sejak akhir-akhir ini banyak berita mengenai inflasi global yang dilaporkan akan meningkat berikutan konflik di Ukraine yang masih berlarutan sehingga hari ini serta usaha Kerajaan China mengawal perdagangan dan ekonominya demi mencapai sifar Covid-19 di negaranya.

Walaupun laporan inflasi global ini berlaku di luar negara, namun ia akan memberi kesan kepada negara berikutan gangguan rantaian bekalan global.

Iklan

Pada yang jelas harga barangan akan meningkat selepas musim perayaan yang kini, Indek harga pengguna (IHP) negara pada Mac telah pun meningkat sebanyak 2.2 peratus, berikutan peningkatan inflasi makanan.

Malah beberapa pakar ekonomi tempatan mengingatkan kepada pengguna agar bersiap sedia untuk berdepan dengan kenaikan harga barangan kerana ia dijangka kekal tinggi sepanjang tahun ini.

Iklan

Sehubungan itu, masyarakat disaran agar terus mengawal perbelanjaan dan beruntung kepada sesiapa yang sentiasa berjimat dan berbelanja 'ala kadar' ketika membuat persiapan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Perbelanjaan seperti pakaian raya, kuih raya, perabot baru dan sebagainya telah banyak menggunakan wang dan ada yang berbelanja 'sakan' ikut kemahuan kerana dikatakan tidak beraya dua tahun lepas kerana Covid-19.

Harus diingat, tarikh terima gaji masih jauh iaitu dua atau tiga minggu lagi dan ini memerlukan kawalan kendiri yang tinggi.

Apa pun kita perlu terus menjadi ‘akauntan’ di rumah untuk menguruskan segala hal berkaitan kewangan keluarga dan tidak salah kedekut sedikit demi kelangsungan hidup bersama keluarga tersayang selepas Hari Raya Aidilfitri.