SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias menganggap pertemuan di antara Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dengan beberapa pemimpin pembangkang Kelantan adalah biasa dan tiada agenda khusus.
Jalaluddin berkata, justeru tindakan disiplin ke atas Tengku Razaleigh yang juga dipanggil sebagai Ku Li adalah tidak wajar
"Isi sebenar perbincangan itu kita tidak tahu. Sesiapa pun boleh berjumpa dengan sesiapa sempena Ramadan, sempena Aidilfitri sebagainya.
"Biasalah pelbagai persepsi timbul lebih-lebih lagi apabila akan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya fikir tidak wajar buat apa-apa komen berkaitan pertemuan itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Pada 26 April lalu, satu pertemuan antara Tengku Razaleigh dan beberapa pemimpin Amanah Kelantan yang didakwa bekerjasama untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Pas dalam PR akan datang
Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, sekiranya isi perbincangan tersebut mengenai agenda khusus untuk menjatuhkan BN, maka parti tidak boleh berdiam diri.
"Tetapi ia berlaku sekiranya tindakan itu terbukti, kalau setakat persepsi dan dakwaan semata-mata. Ia tidak wajar untuk kita ambil tindakan. Pasal itu pun hanya pertemuan biasa yang dibuat.
"Semua itu hanya cakap yang tidak membawa terbukti perkara itu betul.
"UMNO kebiasaan akan mengambil tindakan apabila ada bukti-bukti yang nyata dan jelas, itu parti yang akan ambil tindakan dan keputusan berasaskan kepada perlembagaan parti,” ujarnya.