Antara produk-produk seni decoupage yang dilakukan oleh Ida Azrina Zainal Abdin ketika tinjauan di kediamannya.
Sebaik melangkah masuk ke kediaman seorang wanita, mata pastinya tertancap pada ribuan koleksi tisu pelbagai corak dan motif seperti bunga-bungaan dan abstrak, disusun rapi di beberapa sudut rumahnya.
Namun ia bukanlah sekadar tisu kerana diimport dari Jerman dan dijadikan sebagai item utama dalam decoupage, iaitu seni tampalan menggunakan tisu bercorak dengan teknik gunting dan tampal di atas permukaan seperti kayu, plastik, porcelain, besi, botol dan pelbagai lagi bahan yang boleh dikitar semula.
Ida Azrina dari Taman Kapar Indah Klang, berkata sehingga kini, beliau memiliki lebih 3,000 koleksi tisu pelbagai corak dan saiz yang dijualnya secara dalam talian seperti telegram dengan nama saluran ‘Saudagar Tisu’.
Suri rumah sepenuh masa yang turut mengadakan kelas seni decoupage berkata beliau membeli tisu berkenaan untuk dijual kepada pelanggannya yang turut sama mengusahakan seni kraf tersebut sebagai perniagaan yang kini dilihat semakin menjadi trend. - Foto Bernama