Covid-19: Myanmar mula guna vaksin Sinopharm keluaran tempatan

Iklan

YANGON - Myanmar mula memberikan suntikan vaksin Covid-19 keluaran tempatan kepada rakyatnya, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Khamis.

Hospital Zeb Dire di Nay Pyi Taw dipilih menjadi perintis program inokulasi membabitkan vaksin Sinopharm keluaran tempatan, atau dikenali vaksin Myancopharm.

Iklan
Iklan

Menurut kementerian itu, pihaknya menerima sejumlah satu juta dos vaksin Myancopharm daripada Kementerian Perindustrian pada 29 dan 30 April, dan memulakan program vaksinasi kepada golongan disasarkan.

Melalui kolaboratif dengan Sinopharm, syarikat farmaseutikal di Myanmar membuat pengisian dan menyiapkan vaksin Covid-19 jenis Myancopharm sejak 23 Mac, dengan kapasiti awal sebanyak 10 juta dos.

Iklan

Data kementerian berkenaan menunjukkan, setakat 30 April, sebanyak 91.9 peratus penduduk Myanmar berumur 18 tahun dan ke atas telah divaksin, manakala sebilangan besar bekalan vaksin tersebut adalah diimport atau didermakan China, yang banyak membantu negara itu mengekang wabak. - Bernama

Iklan