JOHOR BAHRU - Pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir di Daerah Pontian ditutup petang tadi, setelah banjir surut sepenuhnya.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi satu kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, yang menempatkan 19 individu daripada empat buah keluarga dari Kampung Sri Segambut, ditutup pada jam 5 petang tadi.