KUALA LUMPUR - Satu unit khas dikhususkan polis dalam menyiasat sindiket pemerdagangan bayi yang dilaporkan berlaku di beberapa tempat di Selangor yang didedahkan Sinar Harian, semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, unit khas itu ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor."Kes ini sedang giat kita tangani dan setakat ini saya dimaklumkan belum ada tangkapan dibuat.