Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera jadi tumpuan

Iklan
Ismail Sabri (kanan) tidak melepaskan peluang memotong lemang untuk pengunjung dalam sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Dataran Kerayong, Bera pada Sabtu.

BERA- Selepas dua tahun, orang ramai tidak melepaskan peluang membanjiri Dataran Kerayong sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 pada Sabtu.

Puluhan ribu pengunjung pelbagai kaum dari daerah ini dan sekitarnya tiba sejak jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera tiba dengan berpakaian busana baju Melayu warna hijau pucuk pisang muda kira-kira jam 9.35 pagi di dataran tersebut.

Sebanyak 32 gerai mengambil bahagian dalam sambutan tersebut yang menyajikan pelbagai hidangan antaranya lemang, rendang, nasi impit, ketupat palas, tapai, laksa serta minuman buat pengunjung.

Iklan
Sebahagian orang ramai yang tidak melepaskan peluang memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Dataran Kerayong, Bera pada Sabtu.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, beliau gembira dengan sambutan yang diberikan terhadap majlis tersebut yang dihadiri semua kaum dan etnik berkumpul sebagai satu keluarga besar yang bukan hanya dari Bera malah dari luar daerah tersebut.

"Terima kasih kepada semua yang datang. Setiap kampung akan terlibat dalam sambutan ini dan ada gerai sendiri, setiap tahun beginilah caranya sebelum ini," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Iklan