KOTA KINABALU - Seorang tukang masak melecur manakala rakannya cedera selepas dapur di sebuah hotel di sini terbakar pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Nuzul dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk mendapatkan rawatan manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai David hanya cedera ringan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4 petang.