Hasrat 6,573 PATI cuba diami negara tidak kesampaian

Iklan
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan Imigresen di sekitar ibu negara, pada tahun ini. Gambar kecil: Khairul Dzaimee

SHAH ALAM - Cubaan migran asing untuk menduduki Malaysia secara tidak sah berjaya dipatahkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dengan penahanan seramai 6,573 pendatang asing tanpa izin (PATI) pada tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, statistik setakat 5 Mei itu menunjukkan pelaksanaan 2,652 operasi di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tangkapan tertinggi adalah membabitkan PATI warga Indonesia iaitu seramai 3,172 orang diikuti dengan warga Bangladesh 820 orang.

"Seterusnya adalah Myanmar (640), Filipina (553), Thailand (441), India (276), Kemboja (170), Pakistan (152), Nepal (140), Vietnam (88) dan selebihnya adalah lain-lain negara.

Iklan

"Penahanan PATI ini hasil pemeriksaan terhadap 58,291 individu," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan imigresen di sekitar ibu negara, pada tahun ini.

Beliau berkata, selain itu, imigresen turut mengambil tindakan terhadap 101 majikan kerana bersekongkol melindungi dan menggajikan PATI.

Iklan

Katanya, majoriti tangkapan PATI adalah membabitkan 95 warga tempatan dan selebihnya melibatkan warga India (1), Filipina (1), Bangladesh (1), Korea (1) dan dua lagi adalah lain-lain negara.

"Mereka yang melindungi atau menggajikan PATI boleh dikenakan denda mencecah RM50,000 di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta sama.

"Selain denda, pesalah turut boleh dikenakan hukuman penjara atau enam kali sebatan jika terlibat dengan kegiatan tersebut," katanya.