Keringat Ibu

Iklan
Pengorbanan seorang ibu, Hasiah Hassan, 57, membanting tulang melakukan empat pekerjaan sehari demi menyara keluarga satu perkara yang perlu diingati anak-anak sempena sambutan Hari Ibu esok.

Secara rutinnya pada setiap hari Hasiah, yang menggalas tugas ketua keluarga selepas suaminya, Suhaimi Osman, 57, yang juga pesara kerajaan diserang angin ahmar sejak enam tahun lepas, akan melakukan pekerjaan sebagai pemotong rumput, penternak lembu, pesawah dan menghasilkan rokok daun.

Seawal 6 pagi, Hasiah memulakan harinya dengan menguruskan keperluan keluarga sebelum ke sawah padi seluas empat hektar di Kampung Terang di sini dan akan pulang ke rumah di Kampung Jalan Baru pada 12 tengah hari bagi menyediakan makanan buat keluarga.

Dia bagaimana pun akan keluar semula pada 3 petang untuk menguruskan lembu ternakan dan menghasilkan rokok daun pada lewat petang. Kelihatan Hasiah menabur baja di bendang yang diusahakannya. - Foto Bernama